GERBANG ILMU
WEB INI GERBANG ILMU

16 Julai, 2012 - Bulan Membaca yang secara rasminya mula dilaksanakan pada 1995 di peringkat kebangsaan kini disambut setiap tahun. Bulan Membaca yang pada asalnya disambut pada bulan Ogos telah diubah ke bulan Julai untuk mengelak pertindihan sambutan dengan bulan Kemerdekaan.
     Kini Bulan Membaca telah dijadikan agenda tahunan dan disambut di setiap sekolah. Pusat Sumber Ibnu Khaldun SK Jawi juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Bulan Membaca di peringkat sekolah.
     Pada hari ini Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan majlis pelancaran Karnival PSS sempena Bulan Membaca dengan tema  "PSS Cemerlang Penjana Minda Terbilang". Pelbagai aktivti dan pertandingan dirancang dan disusun bertujuan untuk menarik minat murid ke Pusat Sumber seterusnya memupuk minat membaca mereka.











     Antara aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan adalah seperti pertandingan melukis logo PSS, pertandingan membaca berita, pertandingan bercerita, pertandingan mewarna, mencari dan memadan nama buku dan sinopsis. Manakala aktiviti permainan dalaman, peminjam terbanyak, pengunjung bertuah turut diadakan. Karnival berlangsung dari 16 Julai hingga 16 Ogos, 2012.

Sila ke link berikut untut lebih banyak gambar http://www.facebook.com/media/set/?set=a.467169956634344.109604.100000240329122&type=3

0 comments:

Catat Ulasan

 

:: PENCAPAIAN ::

PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan tempat ketiga bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2009.


PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan JOHAN bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2010


En. Che Salim b. Othman telah dianugerahkan Pengurusan GPM Terbaik Negeri Pulau Pinang tahun 2010


JOHAN Pertandingan Laman Web Sekolah Pulau Pinang 2010