3April,2010. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 telah diadakan hari ini di dewan sk jawi pada jam 9.00 pagi.Ibu bapa serta guru-guru telah mula tiba pada jam 8.15 pagi. Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh En. Mohd Rodzi b. Aziz iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan. Dalam ucapan perasmian, beliau telah meletakkan harapan yang begitu tinggi dan penuh yakin bahawa SK Jawi mampu mencapai kecemerlangan yang tersendiri di daerah ini. Dengan kejayaan yang ada dan kerja kuat dimasa depan SK jadi diharapkan akan setanding dengan sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi.
Dalam mesyuarat yang dijalankan, beberapa muka baru di kalangan guru-guru dan waris murid telah dipilih untuk mengangotai barisan AJK PIBG sesi 2010/2011.Walaupun kehadiran ibu bapa kali ini kurang daripada tahun lalu, namun perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar. Beberapa usul dan cadangan yang dibangkitkan mendapat tindak balas yang positif. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Dilaporkan oleh: Guru PSS SK Jawi
0 comments:
Catat Ulasan