Pejam celik, pejam celik, berakhir sudah cuti sekolah 1 minggu. Fikir punya fikir entah apakah yang kita buat sepanjang cuti itupun tak tahu. Adakah kita menghabiskan masa dengan bermain-main sahaja atau ada sesuatu yang berfaedah kita lakukan.Berapa ramaikah di antara kita yang mengisi waktu tersebut dengan membaca? Alangkah moleknya jika ramai di antara kita mengisi masa cuti dengan membaca daripada menonton tv dari pagi hingga malam atau berjam-jam di depan komputer bermain game.
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa membaca menjadikan kita lebih dewasa dan menjadikan kita maju kehadapan. Membaca merupakan santapan minda. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak membaca sebaliknya isikan jadual kesibukan itu dengan membaca. Mulakan dengan membaca bahan-bahan bacaan yang ringkas dan mudah dahulu.
Bercakap tentang membaca, amalan penting untuk membantu kita mahir dalam penulisan ialah kita catat kembali apa yang kita baca.Walau hanya sedikit yang kita catat ia membantu menambah perbendaharaan kata kita. Sebab itu kita melaksanakan Program NILAM di sekolah supaya amalan mencatat apa yang dibaca diamalkan dan menjadi budaya.
Ayuh! Mulakan membaca dan mencatat apa yang dibaca mulai hari ini. Luangkan masa 20 minit sehari untuk membaca dan mencatat ke dalam buku NILAM. Pergilah ke Perpustakaan sekolah atau mana-mana pusat bacaan untuk meminjam buku dan jadilah murid yang banyak membaca dan mencatat bacaan ke dalam buku NILAM . Cepat…Lengkapkan buku NILAM kamu…Pasti ...............Hadiah menarik menanti anda………
DARI MEJA GURU PERPUSTAKAAN
0 comments:
Catat Ulasan