GERBANG ILMU
WEB INI GERBANG ILMU



28 Mei, 2011- Persatuan Pusat Sumber Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan satu program untuk Guru-guru Perpustakaan dan Media ke Pulau Jerjak, P.Pinang.Program yang turut disertai Pegawai dari BTPN, Pn Hindon bersama 36 orang GPM tiba di Jeti Pulau Jerejak pada jam 9.00 pagi. Selepas bersarapan, kami dibawa untuk mendaki bukit di situ,termegah-megah juga rasanya. Selain merentas hutan kami juga mendapat pengalam baru melintasi sungai melalui jambatan gantung.Selepas itu mencuba pula "Flying fox".
Pada pukul 12.30 aktiviti kami tamat dan tiba untuk makan tengahari sambil dihiburkan oleh musician yang disediakan di dewan makan. Aktiviti sukaneka diadakan pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 3.20 petang.Jam 3.30 petang kami bertolak pulang menaiki feri di Jeti P.Jerajak. Walaupun penat menjalani aktiviti tetapi kami merasa seronok mendapat pengalaman baru hari ini. Terima kasih PPSPP.

0 comments:

Catat Ulasan

 

:: PENCAPAIAN ::

PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan tempat ketiga bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2009.


PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan JOHAN bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2010


En. Che Salim b. Othman telah dianugerahkan Pengurusan GPM Terbaik Negeri Pulau Pinang tahun 2010


JOHAN Pertandingan Laman Web Sekolah Pulau Pinang 2010