Browse » Home
8 Kesalan Ketika Menyambut Hari Raya
Setelah berjaya mengharungi kepayahan berpuasa dan kini tiba pula masanya kita meraikan kemenangan dengan menyambut Hari Raya. Dalam keghairahan menyambut hari raya ramai yang terlupa dan terlepas pandang dan membuat kesilapan yang boleh menghapus atau mengurangkan pahala puasa apabila tibanya 1 Syawal.
Jom kita lihat 8 kesilapan atau kesalahan semasa menyambut Hari Raya untuk muhasabah diri:
- Bermegah-megah dalam membuat persediaan hari raya. Persiapan melampau dengan membeli pakaian, menukar langsir dan perabut yang mahal-mahal serta membuat dekorasi rumah, menu makanan yang keterlaluan sehingga terjadinya pembaziran hanya semata-mata untuk menunjukkan “kemampuan” kita berbelanja.
- Mengenakan perhiasan diri yang berlebihan atau tabarruj, seperti mengenakan pakaian yang mahal-mahal, hiasan yang berlebihan atau berwangi-wangian yang melampau terutama bagi kaum wanita.
- Menghabiskan masa hanya menonton rancangan TV sehingga melupakan keutamaan menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga.
- Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kesungguhan tetapi tidak menunaikan solat subuh….
- Bermaaf-maafan hanya pada Hari Raya sahaja sedangkan hari-hari biasa perbuatan mulia ini dilupakan.
- Satu kesalahan yang serig dianggap ringan terutama oleh golongan muda, bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. (ajnabi)
- Makan berlebih-lebihan seolah-olah “membalas dendam” setelah berpuasa selama sebulan. Dalam kata lain melayan semula nafsu setalah ditundukkan selama sebulan.
- Berhari raya selama sebulan!! sehingga terlupa berpuasa 6 yang yang fadhilatnya seolah-olah kita berpuasa selama setahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan