GERBANG ILMU
WEB INI GERBANG ILMU






3hb April, 2012 - PSS SK Jawi dikunjungi oleh enam pelawat terdiri daripada 2 orang penilai peringkat kebangsaan - dari BTP dan diiringi 4 pegawai BTPN Pulau Pinang. Seawal jam 9.00 pagi mereka sudah sampai. Sejurus selepas sarapan semua pelawat dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi pembentangan selama 15 minit. Selepas itu semua pelawat dan penilai dibawa melawat sekitar kawasan rangkaian pss, seperti bilik-bilik khas dan sudut-sudut panitia mata pelajaran. Setengah jam kemudian mereka diiring masuk ke PSS untuk sesi penilaian, temuramah dan semakan dokumen PSS. Jam 3.30 petang barulah semuanya selesai. Selepas makan barulah para pelawat beredar pulang. Beberapa komen untuk penambahbaikan PSS dilontarkan kepada AJK PSS. Harapan agar SK Jawi dapat menduduki ranking terbaik kebangsaan.

0 comments:

Catat Ulasan

 

:: PENCAPAIAN ::

PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan tempat ketiga bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2009.


PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan JOHAN bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2010


En. Che Salim b. Othman telah dianugerahkan Pengurusan GPM Terbaik Negeri Pulau Pinang tahun 2010


JOHAN Pertandingan Laman Web Sekolah Pulau Pinang 2010