Browse » Home
14hb. April, 2012 - Pertandingan kawad Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan di Kem PGA, Batelion 2, Kulim Kedah berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik. Seawal 6.45 pagi pasukan kawad Puteri Islam telah berkumpul di sekolah dan bertolak ke Kem PGA Kulim dengan menaiki bas yang disewa khas. Pasukan Pengakap dari Sekolah Kebangsaan Jawi menyusul selepas itu dengan menaiki sebuah lagi bas. Kedua-dua pasukan kawad sekolah sampai dengan selamat ke lokasi pertandingan. Pasukan Puteri Islam mendapat undian ketiga manakala pasukan pengakap mendapat undian ke 10.
Selain pasukan unifom sekolah rendah, pasukan unifom sekolah menengah turut bertanding. Pertandingan kawad bermula pada jam 9.30 pagi selepas sesi pemeriksaan unifon peserta pertandingan dijalankan. Lima gelanggang disediakan untuk pertandingan tersebut.
Pertandingan selesai kira-kira pukul 3.00 petang dikuti acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Pasukan kawad PuteriIslam SK Jawi mendapat tempat ketiga, manakala pasukan Pengakap pula kurang bernasib baik. Tahniah diucapakan kepada yang berjaya, yang tidak berjaya cuba lagi tahun depan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan