Sekolah ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada tahun 1994. Sekolah
Ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Jawi dan memulakan sesi persekolahan pada hari Isnin 15 Ogos 1994. Seramai 151 orang murid memulakan persekolahan di sini yang terdiri daripada murid tahun 1,2 dan 3 dengan 11orang tenaga pengajar.
Pusat Sumber sekolah ini pada asalnya terletak di tingkat 3, Blok A dengan
keluasan tiga bilik darjah. Di sini terdapat beberapa ruang seperti ruang SAL, Ruang aktiviti, Ruang Audio Visual, ruang Kerja, sudut komputer serta bilik tayangan.
Pusat Sumber Sekolah dipindahkan ke tingkat bawah Blok B apabila sebuah bangunan baru empat tingkat siap dibina di hadapan blok A .Keluasannya ialah 3 bilik darjah( 9 bay ) yang memuatkan bilik bacaan ruang kerja dan sudut tayangan. Sementara
Bilik tayangan, bilik PAK dan bilik ABM di tempatkan secara berasingan.
0 comments:
Catat Ulasan