GERBANG ILMU
WEB INI GERBANG ILMU

SLIM RIVER 6 Mac – Pengetua, guru besar dan semua guru sekolah bukan dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang berjaya meningkatkan prestasi akan turut diberikan insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian insentif itu akan diberikan kepada semua sekolah sama ada di bandar dan luar bandar yang telah menunjukkan kecemerlangan."Insentif akan diberikan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan seperti kenaikan pangkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah dan melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak di Taman Tasek YDP di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara terperinci mengenai insentif khas berkenaan pada sambutan Hari Guru tahun ini.

0 comments:

Catat Ulasan

 

:: PENCAPAIAN ::

PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan tempat ketiga bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2009.


PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan JOHAN bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2010


En. Che Salim b. Othman telah dianugerahkan Pengurusan GPM Terbaik Negeri Pulau Pinang tahun 2010


JOHAN Pertandingan Laman Web Sekolah Pulau Pinang 2010